USAHAWAN PELBAGAI PRODUK
NAMA : DAYU BINTI DILAH UMUR : 27 TAHUN AHLI : 2016 |
Latar Belakang
Cik Dayu berniaga pelbagai produk di media sosial. Beliau menggunakan facebook dan whatsapp bagi memasarkan dan memperkenalkan produk jualan beliau.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Pada awal perniagaan, cik dayu hanya memperkenalkan produk beliau kepada rakan dan kenalan rapat dan pengambilan stok juga berjumlah kecil
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas ICT dan keusahawanan, beliau cuba mengembangkan perniagaan dengan memasarkan produk di media sosial seperti facebook dan whatsapp selain mempelajari ICT seperti membuat stiker sendiri menggunakan Microsoft Word. Beliau mendapat permintaan ramai dan keuntungan beliau juga meningkat.
_________________________________________________________________________________________________________________
CELIK ICT
NAMA : SITI NUR SAHLINI BINTI ISWANDI UMUR : 11 TAHUN AHLI : 2018 |
Latar Belakang
Siti Nursahlini Binti Iswandi merupakan pelajar sekolah rendah . Beliau kerap ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menggunakan komputer dan aktif mengikuti kelas dan aktiviti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum penglibatan, Siti Nursahlini Binti Iswandi tidak pandai menggunakan komputer, bahkan tidak tahu cara untuk membuka dan menutup komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas kerap mengikuti kelas ICT, Siti Nursahlini mudah memahami penggunaan komputer di samping menggunakan software seperti menaip di Microsoft Word, mencari maklumat di internet dan kerap mengikuti pertandingan dan aktiviti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN RAMBUT
NAMA : DIANA MAZIRA BINTI ABDULLAH UMUR : 27 TAHUN AHLI : 2020 |
Latar Belakang
Puan Diana seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menceburi bidang perniagaan atas talian pada awal bulan Januari tahun ini.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Pada awal perniagaan, puan Diana hanya mempromosikan produk kepada kenalan rapat dan keluarga sahaja. Jualan dan pendapatan beliau terhad kepada pelanggan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo, beliau memberanikan diri menggunakan media sosial iaitu facebook dan whatsapp untuk memperluaskan perniagaan. Beliau juga telah di ajar cara memasarkan produk dengan teknik copywritting dan photoshoot gambar produk menggunakan telefon. Perolehan pendapatan dan jualan beliau semakin meningkat dari sebelumnya.
_________________________________________________________________________________________________________________
CELIK ICT
NAMA : MOHD IDHAM BIN SAPIEE UMUR : 24 TAHUN AHLI : 2015 |
Latar Belakang
Mohd Idham merupakan seorang belia / remaja yang kini aktif mencari pekerjaan secara atas talian. Secara langsung beliau terus ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk mendapatkan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat resume dan cara-cara untuk mencari pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Seorang pekerja buruh tempatan yang kuat bekerja dalam bidang pembinaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penggunaan ict, beliau kini tahu untuk menaip menggunakan Microsoft Office, dan juga tahu untuk membuat penjagaan aspek keselamatan kendiri ketika melayari internet.
USAHAWAN KUIH KERING TRADISIONAL
NAMA : NORAINI BINTI ZEN UMUR : 49 TAHUN AHLI : 2015 |
Latar Belakang
Puan Noraini seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau berniaga kuih tradisional seperti kuih bahulu bunga, rempeyek dan kuih sepit secara kecilan di kampung sebelum meningkatkan pemasaran produk beliau dengan menggunakan media sosial.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau hanya menerima tempahan kuih melalui pesanan dari kedai runcit di kampung dan rakan – rakan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menjinakkan diri dengan aktiviti ICT dan kelas keusahawanan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sri Tajo, beliau dapat belajar cara memperluaskan pasaran memlalui media sosial dan secara tidak langsungnya dapat meningkatkan jualan perniagaan kuih tradisionalnya.
____________________________________________________________________________________________________________________
CELIK ICT
NAMA : NUR FARAH HANIM BINTI SAIFUL UMUR : 13 TAHUN AHLI : 2016 |
Latar Belakang
Adik Nur Farah Hanim seorang pelajar tingkatan 1 di sekolah menengah di SMK Hajjah Laila Taib. Beliau selalu mengikuti kelas ICT bersama rakannya di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sri Tajo.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan pengisian komputer seperti Micsroft Word dan Microsoft Power Point. Beliau juga hanya tahu menggunakan internet untuk membuka youtube, dan permainan atas talian sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menghadiri kelas ICT, beliau telah didedahkan penggunaan internet secara positif dari kelas Klik Dengan Bijak. Adik Hanim juga semakin faham untuk menggunakan internet dalam mencari dan memilih maklumat dengan betul. Beliau dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.
USAHAWAN KOSMETIK
NAMA : SITI AMERA BINTI LANI UMUR : 22 TAHUN AHLI : 2018 |
Latar Belakang
Cik Siti Amera seorang remaja yang menyukai dalam bidang perniagaan. Beliau melibatkan diri dalam perniagaan kosmatik sejak hujung tahun 2016 secara kecilan. Kini beliau memperbanyakkan produk kosmatik untuk memudahkan pelanggan memilih sesuai dengan permintaan yang semakin meningkat semenjak menggunakan facebook dan whatsapp sebagai platform untuk mengembangkan pasaran.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau kurang berkemahiran dan keyakinan untuk mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , peningkatan jualan dan keuntungan dapat diperolehi. Melalui kelas keusahawanan juga,beliau dapat belajar menguruskan perniagaan seperti cara mempromosi produk, cara berkomunikasi dengan pelanggan dan cara mengambil dan mencari stok dengan pembekal.
_________________________________________________________________________________________________________________
CELIK ICT
NAMA : MOHD RASUL BIN MOHD ZUL UMUR : 9 TAHUN AHLI : 2017 |
Latar Belakang
Adik Mohd Rasul seorang pelajar tahun 3 sekolah Kebangsaan Tanjung Apong. Beliau selalu mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sri Tajo pada masa lapang bersama rakan-rakan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum mendekatkan diri di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), adik Rasul hanya bermain di hadapan rumah dan di jalan kampung. Beliau juga kurang berkemahiran menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Dengan menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sri Tajo,saya dapat belajar menggunakan komputer dengan betul. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran menaip disamping dapat belajar menggunakan internet secara positif.
USAHAWAN KEK & BISKUT
NAMA : NORHELIA BINTI NORJALI UMUR : 25 TAHUN AHLI : 2018 |
Latar Belakang
Cik Liya sebelum ini bekerja di kedai 7eleven sebagai pembantu jurujual dan menjalankan perniagaan kek dan kuih secara sambilan. Namun beliau meletakkan jawatan awal tahun 2018 ini atas sebab ingin memfokuskan perniagaan bakeri kek dan biskut beliau. Beliau menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp untuk memperkenalkan produk kepada pelanggan di kawasan dan luar kawasan kediaman.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , cik Liya hanya membuat kek yang di tempah oleh rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja. Idea untuk menghias kek juga terhad kerana tiada pendedahan reka bentuk yang diinginkan dan tempat untuk menjadi rujukkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , cik Liya dapat memperluaskan perniagaan bakerinya. Produk yang telah beliau hasilkan dapat dipaparkan di facebook dan whatsapp bagi memperkenalkan kepada pengguna media sosial tersebut. Beliau juga telah belajar cara mencari maklumat di internet untuk mencari pembekal bahan mentah yang murah. Selain itu, beliau juga menggunakan youtube untuk belajar design baru dan meningkatkan kemahiran dalam menghias kek dan biskutnya.
_______________________________________________________________________________________________________________________
USAHAWAN KEDAI RUNCIT
NAMA : RAKAYAH BINTI LURIN UMUR : 49 TAHUN AHLI : 2015 |
Latar Belakang
Puan Rakayah seorang suri rumah merangkap usahawan kedai runcit. Beliau menjadi rakan niaga suaminya menjalankan perniagaan runcit di kampung Sri Tajo. Terdapat pelbagai produk barangan dapur, kebun, makanan ringan, makanan basah dan lain-lain yang dijual di kedai runcit Hasnan Dris.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , Pn. Rakayah mempromosikan produk secara manual dengan hanya menampal notis di luar kedai dan memberitahu secara berdepan dengan pelanggan yang datang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti aktiviti dan kelas keusahawanan yang di anjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , Pn. Rakayah menggunakan media sosial untuk mengembangkan perniagaan disamping mempromosikan jualan. Contohnya, beliau mengumumkan di facebook dan whatsApp tentang cabutan bertuah yang layak untuk pelanggan yang membeli di Kedai Runcit Hasnan. Hal ini secara tidak langsung sekaligus dapat meningkatkan jualan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
CELIK ICT
NAMA : MOHD AMIRULLAH BIN ALI UMAR UMUR : 14 TAHUN AHLI : 2016 |
Latar Belakang
Adik Mohd Amirullah bin Ali Umar ialah seorang murid sekolah menengah di SMK Hajah Laila Taib . Beliau selalu berkunjung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bersama rakan-rakannya.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri denganPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , adik Amirul kurang mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan internet untuk mencari maklumat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti aktiviti dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kemahiran menaip beliau semakin meningkat. Selain itu, beliau juga dapat mencari sendiri maklumat untuk kerja sekolah di internet dengan mudah.
Halaman 1 dari 2