USAHAWAN KOSMETIK

 NAMA : SITI AMERA BINTI LANI

 UMUR : 22 TAHUN

 AHLI   : 2018

 

Latar Belakang

Cik Siti Amera seorang remaja yang menyukai dalam bidang perniagaan. Beliau melibatkan diri dalam perniagaan kosmatik sejak hujung tahun 2016 secara kecilan. Kini beliau memperbanyakkan produk kosmatik untuk memudahkan pelanggan memilih sesuai dengan permintaan yang semakin meningkat semenjak menggunakan facebook dan whatsapp sebagai platform untuk mengembangkan pasaran.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau kurang berkemahiran dan keyakinan untuk mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , peningkatan jualan dan keuntungan dapat diperolehi. Melalui kelas keusahawanan juga,beliau dapat belajar menguruskan perniagaan seperti cara mempromosi produk, cara berkomunikasi dengan pelanggan dan cara mengambil dan mencari stok dengan pembekal.

_________________________________________________________________________________________________________________

CELIK ICT

 NAMA : MOHD RASUL BIN MOHD ZUL

 UMUR : 9 TAHUN

 AHLI   : 2017

Latar Belakang

Adik Mohd Rasul seorang pelajar tahun 3 sekolah Kebangsaan Tanjung Apong. Beliau selalu mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sri Tajo pada masa lapang bersama rakan-rakan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum mendekatkan diri di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), adik Rasul hanya bermain di hadapan rumah dan di jalan kampung. Beliau juga kurang berkemahiran menggunakan komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Dengan menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sri Tajo,saya dapat belajar menggunakan komputer dengan betul. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran menaip disamping dapat belajar menggunakan internet secara positif.