Tempayan/Tajau yang di letakkan berhampiran pintu masuk gerbang menjadi simbolik kepada Kampung Sri Tajo

SEJARAH KAMPUNG SRI TAJO

Sejarah Kampung Sri Tajo selalunya dikaitkan dengan tajo/tempayan. Hal ini kerana, Kampung Sri Tajo adalah sebuah daerah di Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak. Menurut penceritaan mantan Ketua kampung Sri Tajo, Haji Wan Halet Bin Wan Habib, sebelum wujudnya Kampung Sri Tajo, asal kampung ini pada mulanya diberi nama Kampung Tanjong Apong. Dihujung kampung ini mempunyai tanjung yang ditumbuhi oleh pokok apong di sepanjang sungai. Rentetan itu, Kampung Tanjong Apong di bahagi kepada dua kampung yang diberi nama Kampung Sri Tajo dan juga mempunyai dua Ketua Kampung lantaran memiliki tanah yang subur untuk aktiviti pertanian, nelayan dan penternakkan yang banyak mengeluarkan hasil sebagai sumber pendapatan. Tajo telah wujud pada tahun 1846 lagi. Menurut beliau lagi, pada mulanya tanah di kampung ini diterokai dan diduduki oleh beberapa orang penduduk sahaja. Mengikut penceritaan, pada zaman dahulu, penempatan pertama masyarakat Kampung Sri Tajo adalah sekitar tahun 1881 terdapat tiga buah keluarga yang mula mendiami kampung tersebut. Nama Kampung Sri Tajo berasal dari tajo/tempayan dimana pada malam hari waktu bulan terang banyak tajo tersebut timbul dan terapung dipermukaan sungai. Maka dengan kejadian tersebut nama Kampung Sri Tajo diberikan.

 

Sumber : Ketua Kaum Kpg Sri Tajo

En. Hassan Bin Ambik