USAHAWAN KECIL MAKANAN BASAH

          Nama : Zainab Binti Mat

          Umur   : 29 Tahun

          Ahli : 2017

Latar Belakang

Pn. Zainab adalah usahawan kecil makanan basah. Beliau menjual pelbagai makanan basah seperti mi kolok, mi laksa sarawak, mi jawa, nasi lemak, roti canai dan bermacam lagi.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum ini, Pn. Zainab menjual produk beliau hanya disekitar kampung Sri Tajo sahaja kerana premis perniagaan beliau terletak berhadapan rumahnya. Kebiasaannya beliau hanya menggantungkan senarai menu makanan di hadapan kedai beliau. Kaedah ini kurang sesuai untuk membantu  beliau mengikut pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menghadiri dan melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau telah sedar penggunaan pemasaran dan pengiklan secara atas talian amat membantu dalam perniagaan beliau. Beliau telah menggunakan medium ini seperti media sosial facebook dan whatsapp sebagai perantaraannya dengan pelanggan serta memperluaskan lagi pasaran produk beliau.

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

MENGGUNAKAN INTERNET, MENAIP DAN MELUKIS

  Nama : Mohd Hasrul Safarudin Bin Tahmil

  Umur : 12 Tahun

  Ahli    :  2015

Latar Belakang

Adik Mohd Hasrul seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Apong. Beliau selalu mengikuti rakannya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo.

Sebelum penggunakan ICT / penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dengan NADI, adik Hasrul selalu  memenuhi masanya dengan bermain di jalan raya bersama rakan. Beliau tidak kenal apa itu Microsoft Office dan tidak tahu menaip dan menggunakan internet.

Selepas penggunakan ICT / penglibatan PEDi

Namun dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kampung Sri Tajo, adik Hasrul kini sering berkunjung bersama adik-adik dan rakannya. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti yang telah di anjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  Kampung Sri Tajo. Selain itu, peningkatan dalam menaip juga telah beliau capai serta sudah pandai melukis menggunakan komputer. Adik Hasrul juga tahu menggunakan Internet bagi mencari maklumat untuk dijadikan rujukan kerja sekolah beliau.