USAHAWAN KECILAN GULA NIPAH/ GULA APONG

 Nama : Rohana Binti Abang

 Umur :43 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Pn. Rohana atau lebih dikenali sebagai Mak Siti ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau membantu suaminya berniaga gula apong melalui pemasaran di media sosial seperti facebook dan whatsapp. Sejak kebelakangan ini, permintaan gula apong semakin meningkat terutama penduduk kampung yang berhampiran kampungTanjung Apong serta pelanggan dari bandar. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum ini, Pn. Rohana dan suaminya menjual gula apong buatan mereka kepada penduduk setempat dan seorang pemborong tempatan. Kuantiti yang dikeluarkan berskala besar kerana pemborong biasanya membeli dalam saiz tin/tong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengenali internet secara baik, Pn Rohana dan suami dapat memperluaskan pasaran dengan sendiri. Beliau menggunakan Facebook dan WhatsApp bagi memperkenalkan produk mereka dan memudahkan mencari pelanggan baru. Selain itu, Pn Rohana dan suami membuat bungkusan dalam pelbagai saiz atau berat mengikut permintaan pelanggan. Daripada kaedah tersebut, keuntungan juga secara tidak langsung boleh meningkat.

gula

___________________________________________________________________________________________________________________

 

MENGGUNAKAN INTERNET, MENAIP DAN MELUKIS

 

 Nama  : Nur Asha Aqilah Binti Tahmil 

 Umur  : 8 Tahun

 Ahli      : 2016

 

Latar Belakang

Adik Nur Hasya Aqilah Binti Tahmil ialah murid Tahun 2 di sekolah kebangsaan Tanjung Apong. Beliau selalu menghadiri kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo. Berdasarkan kelas ICT yang dihadiri, beliau semakin mahir menggunakan komputer disamping tahu melayari internet dengan sendirinya.

Sebelum penggunakan ICT / penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  Kg Sri Tajo, adik Nur Hasya Aqilah tidak mengenali apa itu komputer dan bagaimana menggunakannya. Kemudian beliau mengikut abang dan rakannya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo sebelum mengikut kelas ICT yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  Kg Sri Tajo, beliau lebih mengenali dan fungsi komputer. Beliau juga tahu menggunakan Microsoft Office seperti menaip di Microsoft Word,Power Point dan juga melukis menggunakan Microsoft Paint. Selain itu, beliau juga pandai menggunakan internet untuk menonton cerita animasi kegemarannya di youtube disamping bermain permainan pelajaran secara atas talian.