USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN RAMBUT

 NAMA : DIANA MAZIRA BINTI  ABDULLAH

 UMUR : 27 TAHUN

 AHLI   : 2020

 

Latar Belakang

Puan Diana seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menceburi bidang perniagaan atas talian pada awal bulan Januari tahun ini.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Pada awal perniagaan, puan Diana hanya mempromosikan produk kepada kenalan rapat dan keluarga sahaja. Jualan dan pendapatan beliau terhad kepada pelanggan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo, beliau memberanikan diri menggunakan media sosial iaitu facebook dan whatsapp untuk memperluaskan perniagaan. Beliau juga telah di ajar cara  memasarkan produk dengan teknik copywritting dan photoshoot gambar produk menggunakan telefon. Perolehan pendapatan dan jualan beliau semakin meningkat dari sebelumnya.

_________________________________________________________________________________________________________________

CELIK ICT

 NAMA : MOHD IDHAM BIN SAPIEE

 UMUR : 24 TAHUN

 AHLI   : 2015

 

Latar Belakang

Mohd Idham merupakan seorang belia / remaja yang kini aktif mencari pekerjaan secara atas talian. Secara langsung beliau terus ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk mendapatkan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat resume dan cara-cara untuk mencari pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Seorang pekerja buruh tempatan yang kuat bekerja dalam bidang pembinaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penggunaan ict, beliau kini tahu untuk menaip menggunakan Microsoft Office, dan juga tahu untuk membuat penjagaan aspek keselamatan kendiri ketika melayari internet.