USAHAWAN KECILAN KOSMETIK DAN BARANG KEMAS

 Nama  : Haslim Bt Hassan 

 Umur  : 26 Tahun

 Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Pn. Haslim seorang pembantu jualan di sebuah kedai pakaian Kota Samaraha. Beliau berniaga barangan kosmetik dan kecantikan serta barangan kemas secara sambilan untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , Pn. Haslim hanya mempromosikan produk jualannya di sekitar kampung Sri Tajo dan kampung Tanjung Apong sahaja. Masanya juga terhad untuk berniaga kerana beliau melakukannya selepas waktu kerja dan masa cuti sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah membantu beliau memudahkan urusan untuk berniaga. Dengan kelas keusahawanan, Pn. Haslim dapat belajar cara menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp sebagai medium untuk berniaga dan memperkenalkan produk jualannya. Beliau dapat mengambil tempahan dari pelanggan hanya di media sosial dan membuat penghantaran bila - bila masa yang terluang. Di samping itu, beliau dapat mempelajari cara untuk menarik minat pelanggan untuk berurusan dengannya disamping menambah pengikut melalui pertandingan terbuka yang dibuat dan hadiah percuma bagi setiap pembelian produknya.

 

 

____________________________________________________________________________________________________________________

MENGGUNAKAN INTERNET DAN  MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL)

 

 Nama : Nur Aneesa Binti Kamis  

 Umur : 25 Tahun

 Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Nur Aneesa Binti Kamis adalah seorang suri rumah. Beliau selalu mengisi masa lapang beliau dengan mengikuti kelas ICT yang berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsfot Excel. Pn. Aneesa juga tidak tahu cara mencari maklumat dinternet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menghadiri kelas ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  , kemahiran menaip beliau semakin meningkat dan penggunaan Microsoft Office juga lebih mudah. Beliau juga sudah mengetahui cara untuk menggunakan internet seperti mengemaskini ebrim di atas talian dan mencari kerja kosong di internet.

USAHAWAN KECILAN GULA NIPAH/ GULA APONG

 Nama : Rohana Binti Abang

 Umur :43 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Pn. Rohana atau lebih dikenali sebagai Mak Siti ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau membantu suaminya berniaga gula apong melalui pemasaran di media sosial seperti facebook dan whatsapp. Sejak kebelakangan ini, permintaan gula apong semakin meningkat terutama penduduk kampung yang berhampiran kampungTanjung Apong serta pelanggan dari bandar. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum ini, Pn. Rohana dan suaminya menjual gula apong buatan mereka kepada penduduk setempat dan seorang pemborong tempatan. Kuantiti yang dikeluarkan berskala besar kerana pemborong biasanya membeli dalam saiz tin/tong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengenali internet secara baik, Pn Rohana dan suami dapat memperluaskan pasaran dengan sendiri. Beliau menggunakan Facebook dan WhatsApp bagi memperkenalkan produk mereka dan memudahkan mencari pelanggan baru. Selain itu, Pn Rohana dan suami membuat bungkusan dalam pelbagai saiz atau berat mengikut permintaan pelanggan. Daripada kaedah tersebut, keuntungan juga secara tidak langsung boleh meningkat.

gula

___________________________________________________________________________________________________________________

 

MENGGUNAKAN INTERNET, MENAIP DAN MELUKIS

 

 Nama  : Nur Asha Aqilah Binti Tahmil 

 Umur  : 8 Tahun

 Ahli      : 2016

 

Latar Belakang

Adik Nur Hasya Aqilah Binti Tahmil ialah murid Tahun 2 di sekolah kebangsaan Tanjung Apong. Beliau selalu menghadiri kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo. Berdasarkan kelas ICT yang dihadiri, beliau semakin mahir menggunakan komputer disamping tahu melayari internet dengan sendirinya.

Sebelum penggunakan ICT / penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  Kg Sri Tajo, adik Nur Hasya Aqilah tidak mengenali apa itu komputer dan bagaimana menggunakannya. Kemudian beliau mengikut abang dan rakannya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo sebelum mengikut kelas ICT yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  Kg Sri Tajo, beliau lebih mengenali dan fungsi komputer. Beliau juga tahu menggunakan Microsoft Office seperti menaip di Microsoft Word,Power Point dan juga melukis menggunakan Microsoft Paint. Selain itu, beliau juga pandai menggunakan internet untuk menonton cerita animasi kegemarannya di youtube disamping bermain permainan pelajaran secara atas talian.

 

 

USAHAWAN KECIL MAKANAN BASAH

          Nama : Zainab Binti Mat

          Umur   : 29 Tahun

          Ahli : 2017

Latar Belakang

Pn. Zainab adalah usahawan kecil makanan basah. Beliau menjual pelbagai makanan basah seperti mi kolok, mi laksa sarawak, mi jawa, nasi lemak, roti canai dan bermacam lagi.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum ini, Pn. Zainab menjual produk beliau hanya disekitar kampung Sri Tajo sahaja kerana premis perniagaan beliau terletak berhadapan rumahnya. Kebiasaannya beliau hanya menggantungkan senarai menu makanan di hadapan kedai beliau. Kaedah ini kurang sesuai untuk membantu  beliau mengikut pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menghadiri dan melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau telah sedar penggunaan pemasaran dan pengiklan secara atas talian amat membantu dalam perniagaan beliau. Beliau telah menggunakan medium ini seperti media sosial facebook dan whatsapp sebagai perantaraannya dengan pelanggan serta memperluaskan lagi pasaran produk beliau.

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

MENGGUNAKAN INTERNET, MENAIP DAN MELUKIS

  Nama : Mohd Hasrul Safarudin Bin Tahmil

  Umur : 12 Tahun

  Ahli    :  2015

Latar Belakang

Adik Mohd Hasrul seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Apong. Beliau selalu mengikuti rakannya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo.

Sebelum penggunakan ICT / penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dengan NADI, adik Hasrul selalu  memenuhi masanya dengan bermain di jalan raya bersama rakan. Beliau tidak kenal apa itu Microsoft Office dan tidak tahu menaip dan menggunakan internet.

Selepas penggunakan ICT / penglibatan PEDi

Namun dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kampung Sri Tajo, adik Hasrul kini sering berkunjung bersama adik-adik dan rakannya. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti yang telah di anjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  Kampung Sri Tajo. Selain itu, peningkatan dalam menaip juga telah beliau capai serta sudah pandai melukis menggunakan komputer. Adik Hasrul juga tahu menggunakan Internet bagi mencari maklumat untuk dijadikan rujukan kerja sekolah beliau.