USAHAWAN KUIH KERING TRADISIONAL

 NAMA : NORAINI BINTI ZEN

 UMUR : 49 TAHUN

 AHLI   : 2015

 

Latar Belakang

Puan Noraini seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau berniaga kuih tradisional seperti kuih bahulu bunga, rempeyek dan kuih sepit secara kecilan di kampung sebelum meningkatkan pemasaran produk beliau dengan menggunakan media sosial.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau hanya menerima tempahan kuih melalui pesanan dari kedai runcit di kampung dan rakan – rakan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjinakkan diri dengan aktiviti ICT dan kelas keusahawanan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sri Tajo, beliau dapat belajar cara memperluaskan pasaran memlalui media sosial dan secara tidak langsungnya dapat meningkatkan jualan perniagaan kuih tradisionalnya.

____________________________________________________________________________________________________________________

 

CELIK ICT

 NAMA : NUR FARAH HANIM BINTI SAIFUL

 UMUR : 13 TAHUN

 AHLI   : 2016

 

Latar Belakang

Adik Nur Farah Hanim seorang pelajar tingkatan 1 di sekolah menengah di SMK Hajjah Laila Taib. Beliau selalu mengikuti kelas ICT bersama rakannya di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sri Tajo.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan pengisian komputer seperti Micsroft Word dan Microsoft Power Point. Beliau juga hanya tahu menggunakan internet untuk membuka youtube, dan permainan atas talian sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menghadiri kelas ICT, beliau telah didedahkan penggunaan internet secara positif dari kelas Klik Dengan Bijak. Adik Hanim juga semakin faham untuk menggunakan internet dalam mencari dan memilih maklumat dengan betul. Beliau dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.