USAHAWAN PELBAGAI PRODUK

 NAMA : DAYU BINTI DILAH

 UMUR : 27 TAHUN

 AHLI   : 2016

Latar Belakang

Cik Dayu berniaga pelbagai produk di media sosial. Beliau menggunakan facebook dan whatsapp bagi memasarkan dan memperkenalkan produk jualan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Pada awal perniagaan, cik dayu hanya memperkenalkan produk beliau kepada rakan dan kenalan rapat dan pengambilan stok juga berjumlah kecil

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas ICT dan keusahawanan, beliau cuba mengembangkan perniagaan dengan memasarkan produk di media sosial seperti facebook dan whatsapp selain mempelajari ICT seperti membuat stiker sendiri menggunakan Microsoft Word. Beliau mendapat permintaan ramai dan keuntungan beliau juga meningkat.

_________________________________________________________________________________________________________________

CELIK ICT

 NAMA : SITI NUR SAHLINI BINTI ISWANDI

 UMUR : 11 TAHUN

 AHLI   : 2018

Latar Belakang

Siti Nursahlini Binti Iswandi merupakan pelajar sekolah rendah . Beliau kerap ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menggunakan komputer dan aktif mengikuti kelas dan aktiviti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sri Tajo.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum penglibatan, Siti Nursahlini Binti Iswandi tidak pandai menggunakan komputer, bahkan tidak tahu cara untuk membuka dan menutup komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas kerap mengikuti kelas ICT, Siti Nursahlini mudah memahami penggunaan komputer di samping menggunakan software seperti menaip di Microsoft Word, mencari maklumat di internet dan kerap mengikuti pertandingan dan aktiviti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)