USAHAWAN KEK & BISKUT

 NAMA : NORHELIA BINTI NORJALI

 UMUR : 25 TAHUN

 AHLI : 2018

 

Latar Belakang

Cik Liya sebelum ini bekerja di kedai 7eleven sebagai pembantu jurujual dan menjalankan perniagaan kek dan kuih secara sambilan. Namun beliau meletakkan jawatan awal tahun 2018 ini atas sebab ingin memfokuskan perniagaan bakeri kek dan biskut beliau. Beliau menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp untuk memperkenalkan produk kepada pelanggan di kawasan dan luar kawasan kediaman.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , cik Liya hanya membuat kek yang di tempah oleh rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja. Idea untuk menghias kek juga terhad kerana tiada pendedahan reka bentuk yang diinginkan dan tempat untuk menjadi rujukkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas melibatkan diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , cik Liya dapat memperluaskan perniagaan bakerinya. Produk yang telah beliau hasilkan dapat dipaparkan di facebook dan whatsapp bagi memperkenalkan kepada pengguna media sosial tersebut. Beliau juga telah belajar cara mencari maklumat di internet untuk mencari pembekal bahan mentah yang murah. Selain itu, beliau juga menggunakan youtube untuk belajar design baru dan meningkatkan kemahiran dalam menghias kek dan biskutnya.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

USAHAWAN KEDAI RUNCIT

 NAMA : RAKAYAH BINTI LURIN

 UMUR : 49 TAHUN

 AHLI : 2015

 

Latar Belakang

Puan Rakayah seorang suri rumah merangkap usahawan kedai runcit. Beliau menjadi rakan niaga suaminya menjalankan perniagaan runcit di kampung Sri Tajo. Terdapat pelbagai produk barangan dapur, kebun, makanan ringan, makanan basah dan lain-lain yang dijual di kedai runcit Hasnan Dris.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , Pn. Rakayah mempromosikan produk secara manual dengan hanya menampal notis di luar kedai dan memberitahu secara berdepan dengan pelanggan yang datang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti aktiviti dan kelas keusahawanan yang di anjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , Pn. Rakayah menggunakan media sosial untuk mengembangkan perniagaan disamping mempromosikan jualan. Contohnya, beliau mengumumkan di facebook dan whatsApp tentang cabutan bertuah yang layak untuk pelanggan yang membeli di Kedai Runcit Hasnan. Hal ini secara tidak langsung sekaligus dapat meningkatkan jualan.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 CELIK ICT

 

 NAMA : MOHD AMIRULLAH BIN ALI UMAR

 UMUR : 14 TAHUN

 AHLI   : 2016

 

Latar Belakang

Adik Mohd Amirullah bin Ali Umar ialah seorang murid sekolah menengah di SMK Hajah Laila Taib . Beliau selalu berkunjung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  bersama rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri denganPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , adik Amirul kurang mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan internet untuk mencari maklumat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti aktiviti dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kemahiran menaip beliau semakin meningkat. Selain itu, beliau juga dapat mencari sendiri maklumat untuk kerja sekolah di internet dengan mudah.