KELAS MULTIMEDIA (DESIGN GRAFIK BAJU)

 TARIKH  4 NOVEMBER 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  7 ORANG

TUJUAN

Peserta kelas multimedia ini dihadiri seramai 7 orang yang diwakili oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran peserta dalam bidang grafik. Disamping itu, kelas ini dapat menggalakkan peserta menggunakan internet dengan bijak disamping dapat meningkatkan kretiviti seseorang.

AKTIVITI

Peserta membuat grafik design baju di laman web custom ink . Mereka dikehendaki membuat design baju mengikut kretiviti sendiri dengan memasukkan text, gambar atau simbol yang terdapat di website tersebut.

Gambar disini.

_______________________________________________________________________________________________________________________

KELAS ASAS TEKNOLOGI & MAKLUMAT (EMAIL)

 TARIKH  28 NOVEMBER 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  7 ORANG

TUJUAN

Seramai 7 orang peserta dari pelajar sekolah menengah telah mengikuti kelas asas teknologi dan maklumat(email).Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan cara berkomunikasi dengan menggunakan email.

AKTIVITI

Peserta diajar untuk membuat akaun email gmail. Setelah itu, peserta di ajar cara yang betul menggunakan email untuk berkomunikasi seperti menggunakan "compose" untuk membuat mesej baru, dan menggunakan butang "reply" untuk membalas mesej.

Gambar disini.

KELAS MICROSOFT WORD ( STIKER)

 TARIKH  15 OKTOBER 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  6 ORANG

 

TUJUAN

Seramai 6 orang peserta dari golongan sekolah rendah telah menghadiri kelas Microsoft Word. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word. Disamping itu, peserta juga  dapat mengembang bakat dan kretiviti .

AKTIVITI

Peserta membuat latihan Microsoft Word dengan mencipta stiker melalui penggunakan bentuk, jadual serta memasukkan gambar dan text.

 Gambar disini

 

KELAS MICROSOFT POWERPOINT(DESIGN WEBSITE)

 TARIKH   7 OGOS 2018
 MASA  2.00PM -4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  9 ORANG

TUJUAN

Kelas Microsoft powerpoint ini dihadiri 9 orang peserta yang terdiri daripada golongan sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft powerpoint disamping dapat meningkatkan kretiviti mereka.

AKTIVITI

Peserta diajar membuat design website melalui Microsoft Powerpoint. Menggunakan bentuk untuk membuat tombol klik bagi website dan menambah fungsi "action" untuk link ke muka surat seterusnya. Selain itu, mereka juga dikehendaki menghias website dengan memasukkan gambar dan text.

Gambar disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

TEKNOLOGI & ANDA (KLIK DENGAN BIJAK)

 TARIKH   19 OGOS 2018
 MASA  2.00PM -4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  10 ORANG

TUJUAN

Kelas Klik Dengan Bijak ini dihadiri 10 orang peserta yang terdiri daripada golongan sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna internet untuk lebih berhati - hati dan sentiasa menggunakannya dengan positif

AKTIVITI

Peserta diberi taklimat tentang pemahaman teknologi kepada diri. Mereka didedahkan maksud teknologi, contoh - contoh serta kebaikan dan keburukan kepada diri.

Gambar disini

KELAS MICROSOFT PAINT ( MELUKIS)

 TARIKH  21 SEPTEMBER 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  4 ORANG

TUJUAN

Kelas Microsoft Paint ini dihadiri 4 orang peserta yang terdiri daripada golongan sekolah rendah.Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menjadikan mereka berkemahiran dalam menggunakan Microsoft Paint. Disamping itu, kretiviti mereka juga dapat di kembangkan dengan latihan melukis yang di lakukan.

AKTIVITI

Peserta diajar menggunakan tools yang terdapat di dalam Microsoft Paint untuk menghasilkan sebuah lukisan yang berwarna.

Gambar disini

KELAS MEDIA SOSIAL (EMAIL & FACEBOOK)

 TARIKH  23 SEPTEMBER 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  6 ORANG

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang penggunaan media sosial untuk pelajar. Disamping dapat mengembangkan teknologi komunikasi kepada mereka. Kelas ini dihadiri oleh enam orang peserta dikalangan pelajar sekolah rendah.

AKTIVITI

Peserta mempelajari cara untuk membuka akaun gmail dan facebook. Selain itu, mereka juga belajar cara untuk menggunakan media sosial ini daripada membuat nama, kata laluan, memasukkan gambar dan menghantar mesej.

Gambar disini

KELAS KEUSAHAWANAN (PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI 2018)

 TARIKH  28 JULAI 2018
 MASA  7.30AM - 12.30PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  7 ORANG

TUJUAN

Kelas keusahawanan ini dihadiri 7 orang peserta yang terdiri daripada golongan wanita dan remaja. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan tempatan dalam meningkatkan kaedah pemasaran produk disamping mendedahkan cara untuk menarikkan lagi cara jualan melalui gambar. 

AKTIVITI

Peserta diajar membuat fanpage FB, teknik photoshoot produk dan menggunakan MyShop di Dashboard Komuniti untuk memperluaskan lagi perniagaan. 

Gambar disini