PROGRAM CHILDREN CYBER SAFETY

 TARIKH 6 - 7 APRIL 2019
 MASA  9.00AM-4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  27 ORANG

TUJUAN

Program ini anjuran UNIMAS yang berlangsung di Pusat Internet Kg Sri Tajo. Seramai 27 orang peserta dari golongan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan praktikal tentang keselamatan internet serta memberikan maklumat dan sumber kepada kanak-kanak namun masih memastikan penggunaan dalam talian mereka adalah positif dan selamat.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan/taklimat berkaitan internet dan keselamatan internet. Disamping itu, peserta juga disertakan aktiviti dan latihan praktikal berkaitan penggunaan internet seperti menyenaraikan contoh laman sosial, cara membuat kata kunci dengan selamat, melukis poster cyber safety, berlakon mengikut situasi yang kerap berlaku semasa menggunakan internet, serta melayari laman web mengikut senarai yang disediakan dan banyak lagi. 

Gambar disini.

________________________________________________________________________________________________________

KELAS MICROSOFT WORD ( GAMBAR,WORDART, SHAPE)

 TARIKH  12 APRIL 2019
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  4 ORANG

TUJUAN

Peserta dihadiri oleh 4 orang pelajar dari sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan menggalakkan penggunaan microsoft word dikalangan pelajar. 

AKTIVITI

Peserta di berikan tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Word. Kemudian, peserta membuat latihan praktikal di Microsoft Word mengikut arahan yang diberikan bagi memastikan mereka faham dengan sesi pembelajaran yang berlangsung.

Gambar disini.

KELAS MICROSOFT EXCEL (MELUKIS)

 TARIKH  2 MAC 2019
 MASA  2.00PM-4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  7 ORANG

 

TUJUAN

Peserta yang hadir dikalangan pelajar sekolah rendah seramai 7 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar menggunakan microsoft excel disamping dapat menambah ilmu ICT dan meningkatkan kreativiti peserta.

AKTIVITI

Latihan tubi dilakukan dengan aktiviti dimana peserta dikehendaki untuk menggunakan "shape" untuk melukis dan mewarna semula mengikut gambar contoh yang dipilih.

Gambar disini.

________________________________________________________________________________________________________

E-PEMBELAJARAN (TUTORIAL PENANDA BUKU)

 TARIKH  16 MAC 2019
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  10 ORANG

 

TUJUAN

Seramai 10 orang peserta dikalangan pelajar sekolah rendah yang hadir. Kelas ini dilakukan bertujuan untuk menarik minat pelajar bagi menggunakan internet sebagai kaedah untuk menimba ilmu dan mendapatkann maklumat tambahan. Disamping itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran dan dapat melahirkan pelajar yang kreatif.

AKTIVITI

Peserta di ajar menggunakan youtube untuk mencari tutorial membuat penanda buku. Kemudian,mereka dikehendaki untuk membuat origami penanda buku mengikut tutorial yang ditonton di youtube. 

Gambar disini.

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET

 TARIKH  19 JANUARI 2019
 MASA  7.30AM - 2.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  90 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi/memperkenalkan pusat internet kepada komuniti sebagai tempat rujukan komuniti sihat .Disamping itu, program ini juga menggalakkan mereka untuk mengamalkan kehidupan yang sihat sekaligus mengeratkan hubungan dan kerjasama diantara pusat internet dengan komuniti dan JKKK.

AKTIVITI

Antara aktivit yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah pemeriksaan kesihatan, ceramah serta kuiz kesihatan & klik dengan bijak, berjalan 1000 langkah, pertandingan dashboard Myplace dan Mykomuniti, pertandingan melukis kategori kanak-kanak, serta pertandingan mewarna kategori veteran dan dewasa.

Gambar disini.

________________________________________________________________________________________________________

KLIK DENGAN BIJAK (MENCARI MAKLUMAT/MAKSUD DI INTERNET)

 TARIKH 5 JANUARI 2019
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  8 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri peserta dari sekolah menengah seramai 8 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi pendedahan dan menggalakkan peserta menggunakan internet dengan betul dan secara positif

AKTIVITI

Peserta diberikan tugasan untuk mencari maklumat dan maksud bagi beberapa peribahasa di dalam internet sebelum "copy & paste" di Microsoft Word.

Gambar disini.

KELAS MICROSOFT POWER POINT (BINA KUIZ)

 TARIKH  8 FEBRUARI 2019
 MASA  2.00PM-4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  8 ORANG

 

TUJUAN

Seramai 8 orang peserta dari golongan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran ICT dan menggunakan Microsoft Power point. Selain itu, dapat mengembangkan kretiviti peserta.

AKTIVITI

Peserta di ajar cara membuat kuiz dengan menggunakan Microsoft Power point. Mereka dikehendaki membina kuiz dengan memasukkan text, bentuk dan menggunakan link "action"

Gambar disini.

________________________________________________________________________________________________________

KLIK DENGAN BIJAK (KUIZ RANGKAIAN KOMPUTER)

 TARIKH  2 FEBRUARI 2019
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  7 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri peserta dari golongan pelajar sekolah rendah seramai 7 orang. Kelas ini bertujuan untuk menyedarkan peserta tentang penggunaan internet secara bijak. Disamping itu dapat menguji minda dan pemahaman peserta berkenaan dengan rangkaian komputer.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz secara atas talian di laman web Proprofs mengenai rangakain  komputer.

Gambar disini.

DASHBOARD KOMUNITI (MYPLACE)

 TARIKH  10 DISEMBER 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  4 ORANG

 

TUJUAN

Peserta yang dihari oleh pelajar sekolah rendah seramai 4 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan peserta menggunakan dashboard komuniti dan membantu mereka untuk memahami cara penggunaanya.

AKTIVITI

Peserta diajar cara menggunakan Myplace dan memasukkan tempat-tempat yang ingin diletakkan di dalam Myplace.

Gambar disini.

______________________________________________________________________________________________________________________

MIKROSOFT WORD (MUKA DEPAN BUKU)

 TARIKH  24 DISEMBER 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  10 ORANG

 

TUJUAN

Peserta yang terdiri dari golongan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah menghadiri kelas Microsoft Word ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word. Disamping itu, peserta juga dapat meningkatkan kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuat design muka depan buku mengikut kreativiti masing-masing dengan memasukkan gambar, wordArt dan mengeditnya melalui apa yang ada  di barisan menu bar.

Gambar disini.