Produk Tempatan yang terdapat di Kampung Sri Tajo
Produk kampung yang terhasil biasanya dijual di kedai-kedai runcit dalam kampung Sri Tajo. Selain itu, mereka juga turut serta menjualnya di gerai-gerai kecil jalan utama kampung Tambirat yang menuju ke pekan Asajaya. Terdapat juga antara mereka mengambil tempahan dari pembeli luar. Antara produk yang terdapat di kampung Sri Tajo ialah:
1) Gula Apong/Gula Nipah
- Terhasil dari air pokok nipah yang diproses secara tradisional dan menjadikannya sebagai gula apong/gula nipah. Kebiasaanya dijual dalam kuantiti yang banyak dan harganya mengikut berat dan harga semasa.
2) Bahulu
- Terdapat dalam beberapa bentuk seperti bunga, ikan dan betuk biasa.
3) Kerepek Pisang
- Mempunyai beberapa perisa seperti siweet, spicy, chees.
5) Kuih Sepit
6) Serunding Halia/Bawang
7) Kraft Tangan