Keusahawanan yang dijalankan di Kampung Sri Tajo:

 

Kebanyakan penduduk di sini menjalankan aktiviti pertanian, pengeluaran bahan mentah dan membuka kedai runcit. Antaranya ialah perusahaan kelapa, gula nipah dan penternakan kambing. Disamping itu, ada antara mereka yang berkemahiran dalam bidang jahitan dan pembuatan kuih muih menjadikan kemahiran tersebut punca pendapatan mereka.

 

Perusahaan gula nipah/gula apong mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan. Mereka akan memproses gula apong dari air pokok nipah di proses dengan kaedah tradisional. Daripada hasil tersebut, pemborong akan membelinya dan memasarkan ke daerah berhampiran seperti Asajaya, Kota Samarahan dan Kuching. Selain daripada itu, gula apong juga dapat dijadikan bahan untuk membuat kuih muih tradisional Sarawak seperti kuih penyaram, kuih cincin, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, usahawan dalam pembikinan gula apong tidak dapat di perluaskan pasarannya atas sebab  kapasiti pengeluaran terhad dan tidak dapat memenuhi peningkatan permintaan.

 

Selain itu, aktiviti menternak kambing juga dilakukan di Kampung Sri Tajo. Ianya terletak berhampiran jalan masuk ke Kampung Sri Tajo yang dimiliki oleh Hajjah Dara. Penduduk setempat dan juga orang-orang luar dapat membuat tempahan untuk memudahkan proses pembelian bagi menyambut sesuatu majlis seperti majlis aqiqah, perkahwinan, atau majlis korban iaitu hari raya haji.

 

Manakala untuk bidang jahitan, mereka juga dapat menjana pendapatan melalui tempahan dari pelanggan tempatan. Ini sekali gus memudahkan penduduk tempatan membuat tempahan mengikut cita rasa yang diingini. Demikian juga dengan pembuatan kuih seperti kuih kering dan kek. Penduduk dapat meningkatkan taraf hidup mereka melalui mendapat tempahan daripada pelanggan di dalam atau luar kampung.

 

Kampung Sri Tajo juga mempunyai usahawan daripada pengusaha kedai runcit. Terdapat 4 buah kedai runcit menjadi tumpuan penduduk tempatan bagi memudahkan mereka mendapat bekalan barangan dari luar seperti makanan mentah, alat tulis, produk kecantikan,peralatan kebun, dan banyak lagi. ini boleh membantu penduduk setempat mendapatkan bahan bekalan harian tanpa mencarinya di luar kawasan kampung.