KELAS MICROSOFT EXCEL (MENGIRA GUNA SUM)

 TARIKH   14 JUN 2019
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  3 ORANG

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan cara membuat pengiraan dengan cepat dan mudah melalui formula SUM di Microsoft Excel.

AKTIVITI

Peserta diterangkan cara menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, mereka diberi tunjuk ajar cara menggunakan SUM dan simbol bagi operasi darab, tambah, tolak dan bahagi dalam Microsoft Excel. Kemudiannya, mereka diberi tugasan untuk membuat aktiviti amali.

 Gambar disini.

________________________________________________________________________________________________________

KELAS KDB( RADIO ROSAK)

 TARIKH  9 JUN 2019
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  9 ORANG

TUJUAN

Kehadiran pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah seramai 9 orang bagi kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pembelajaran kepada peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan sentiasa berwaspada dalam menerima maklumat dari media masa.

AKTIVITI

Peserta diterangkan cara untuk memainkan aktiviti ini. Kumpulan terbahagi kepada 3. Peserta petama menerima maklumat hendaklah menghafal terlebih dahulu mengikut tempoh masa yang diberikan sebelum berkongsi maklumat kepada peserta kedua . Kemudiannya, peserta kedua membisikkan maklumat yang diterima dari peserta pertama kepada peserta terakhir. Akhir sekali, peserta terakhir menulis semula maklumat yang diperolehinya di sehelai kertas dan kemudian membaca dengan nyaring maklumat yang didengarnya.

Gambar disini.