E-PEMBELAJARAN (YOUTUBE - TUTORIAL DIY BINGKAI GAMBAR)

 TARIKH  8 MAY 2019
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  7 ORANG

TUJUAN

Program ini dilakukan bertujuan untuk menggalakkan dan menarik minat pelajar bagi menggunakan internet sebagai rujukan pembelajaran. Peserta dihadiri seramai 7 orang pelajar dari sekolah rendah.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menonton youtube tentang video tutorial diy bingkai terlebih dahulu untuk memahami dan melihat cara pembikinanya. Selepas itu, peserta diberikan bahan seperti batang ais krem,gam, potongan gambar, benang dan manik bagi membuat diy 'frame' mengikut contoh video yang ditonton serta mencantikkannya lagi dengan bahan tambahan. 

 Gambar disini.

________________________________________________________________________________________________________

KELAS MICROSOFT EXCEL ( MELUKIS & MEWARNA)

 TARIKH  15 MAY 2019
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  5 ORANG

TUJUAN

Seramai 5 orang pelajar dari sekolah rendah dan menengah menghadiri kelas Microsoft Excel ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahun pelajar dalam menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, aktiviti ini boleh meningkatkan kretiviti peserta dengan menggunakan Microsoft Excel untuk melukis.

AKTIVITI

Peserta diterangkan cara penggunaan Microsoft Excel. Mereka diberi tunjuk ajar cara melukis di Microsoft Excel sebelum diberikan tugasan dan latihan praktikal.

Gambar disini.